Sunday, 24 July 2016

14 hostel backpackers di Pulau Pinang / Penang




12 minggu berulang-alik ke Pulau Pinang / Penang dengan lebih 14 hostel backpackers aku singgah bermalam. Dan ini review ringkas aku untuk semua hostel yang sempat aku jejak yang rata-rata di dalam lingkungan harga RM18 - RM33. Oh ya, review aku ni takda la details sangat. Saja aku wujudkan ruang untuk korang alami sendiri. Ecewah. :p

1.
Lokasi: House of Journey.
Harga: RM32.99 inc tax
Online booking: Agoda
Fasiliti lengkap. Ada gaya-gaya hispter macam orang ramai selalu labelkan. Aku tak label. Orang lain label. Hehe. Siap ada wall untuk conteng-conteng dan ruang bahagian belakang seakan balkoni untuk smoking. Sesuai untuk kaki Instagram. Ada mini library ala-ala pangkin rumah kampung yang kena naik tangga. Malam waktu aku stay, owner ada buat sikit parti tonggang dan makan satay babi. Tapi takda la aku join. Hehe

2.
Lokasi: Xavier's Lodge @ Muntri
Harga: RM20 inc tax
Online booking: Hostelworld
Hostel paling bahang aku duduk. Kau bayangkan katil aku bahagian atas double decker dan betul-betul bawah atap seakan zink. Hahahaha. Portable aircon dan kipas disediakan. Oh, ada bahagian rooftop. Sangat sesuai lepak malam.

3.
Lokasi: Red Inn Cabana
Harga: RM25 inc tax
Online booking: Agoda
Yang ni sedikit kurang sebab soket elektrik dalam satu dorm ada 2 ketul ja. Nasib baik time aku duduk, aku berdua je dengan uncle dari Melaka. So takyah berebut. Dia pun complaint macam-macam. Btw, hostel ni agak tersorok sikit. Masuk ikut bahagian tepi muzium coklat. Setengah jam aku cari pakai map.

4.
Lokasi: Red Inn Court
Harga: RM22 inc tax
Online booking: Hostelworld
Hostel ni aku dapat bilik kecil di bahagian bawah yang just memuatkan satu katil double decker. Dan macam biasa, aku di katil atas. Fasiliti boleh tahan lengkap la.

5.
Lokasi: Old Penang Guesthouse
Harga: RM28 inc tax
Online booking: Hostelworld
Lengkap macam biasa. Dorm kali ni agak besar. Berapa belas orang entah satu dorm. Dan macam biasa, walaupun bilik aku di bahagian bawah, aku pusing naik ke atas usha apa yang menarik. Dan yes, korang perlu naik tangga tepi tu dan view dari tingkap atas ke lantai bawah tu cantik untuk Instagram.

6.
Lokasi: Hutton Mansion Heritel
Harga: RM23.57 inc tax
Online booking: Agoda
Oh, hostel ni agak selamba badak sifatnya. Waktu aku sampai, uncle tu baru cari katil kosong untuk aku dan waktu tu jugak baru dia kemaskan untuk aku. "I think this bed is empty lorr. You stay here, ok?" Hahaha. Bubuh la mana-mana pun uncle oi.

7.
Lokasi: M Qube Hotel
Harga: RM32.07 inc tax
Online booking: Agoda
Hotel ni ohsem! Jenis kiub-kiub macam kapal angkasa Kakarot dalam Dragonball. Siap lampu neon warna biru dan ada tv dalam setiap kiub. Headphone disediakan.  Harga asalnya agak mahal tapi kebetulan time aku duk godek2 cari hostel, hotel ni ada diskaun. Apalaga, rembat la ye dak? 5 min saja daripada stesen bas Sg. Nibong.

8.
Lokasi: Roomates
Harga: RM25 without fee
Walk in
Uncle yang uruskan ni sangat friendly dan baik. Aku ada problem dengan debit card aku. Payment tak boleh nak approve. Sedangkan aku dah booking dan successful. But itu la, payment aku dalam status "hold" dan aku tak dapat emel untuk confirmation. Disebabkan uncle tu baik, dia bagi aku stay dulu and dia try call booking agent sementara aku call bank. Dan penyudahnya, lewat malam tu aku bayar cash je dan transaksi online aku dibatalkan. Siap dapat diskaun sebab tak ada online fee atau tax. Hahaha.

9.
Lokasi: Cocoa Mews
Harga: RM23 inc tax
Online booking: Expedia
Waktu ni bulan puasa. Lokasinya dekat dengan Kapitan dan mamak-mamak lain. So aku rasa sangat strategik untuk sahur. Oh, dorm aku atas sekali dan siap ada balkoni. Syahdu jugak la lepak malam-malam. Satu dorm tu aku punya sebab aku sorang ja stay malam tu. Mat-mat dan minah-minah saleh banyak ambil private room.

10.
Lokasi: Me.N.U Cafe & Lodge
Harga: RM25 without fee
Walk in
Interior yang klasik dan agak cantik. Ala-ala baba nyonya. Sesuai la nak letak Instagram. Fasiliti lengkap. Dorm yang besar dan penuh foreigner.

11.
Lokasi: Paper Pepper Delights
Harga: RM20 inc tax
Online booking: Booking.com
Hostel ni cantik bahagian atasnya. Yang aku tangkap gambar background penuh kartun kat dinding tu, haa ni la hostelnya. Bahagian bawah ada kafe ringkas dan waktu malam melepak, kau akan dengar lagu-lagu zaman muda-mudi. Backstreet Boys, Westlife, The Moffatts, Spice Girl, etc. Mengimbau kenangan betul. Oh, ada kelambu nyamuk siap. Hahaha

12.
Lokasi: Love Lane Inn
Harga: RM18.99 inc tax
Online booking: Hostelworld
Hostel ni paling murah dalam list yang ada kat Penang. Tapi jangan letak harapan tinggi-tinggi. Tilam dan bantal 50 tahun lepas, penuh peta dan siap ada complaint pasal bedbugs. Soket langsung tak ada aku jumpa dalam dorm. Hahaha. So aku sesuka hati lepak bilik private sebelah untuk charge semua alat elektronik aku. And disebabkan aku gatal-gatal time lepak kat katil, aku decide tidur kat lantai tengah-tengah dorm. Apadehal. Hehehe. Btw, bacalah buku log yang ada dekat meja. Ada tips dan perkongsian pengalaman travelers lain. Ada SEA, India dan lain-lain.

13.
Lokasi: Red Inn Heritage
Harga: RM25 without fee
Walk in
Mulanya, aku nak walk in ke Casa Inn 56, tapi penuh. Tanpa segan silu, aku minta mamat kaunter tu rekomenkan hostel lain. Dan dia refer member dia di Red Inn Heritage. Hostel ni panjang ke belakang. And seperti biasa la, aku menjelajah cari port melepak. Ada. Kat bahagian belakang, kau kona kiri, ada table siap kipas besar, boleh smoke. Ah, bukan korang boleh imagine pun. Pandai-pandai la cari. Hahaha.

14.
Lokasi: The Frame Guesthouse
Harga: RM32 inc tax
Online booking: Agoda
Banyak kali dah aku lalu depan hostel ni. Dekat Lebuh Chulia. Waktu lalu aku ingatkan kedai apa la sebab kaunternya jauh ke dalam. Hostel ni ada few tempat melepak dan sesuai untuk gambar Instagram. Fasiliti lengkap. Lebih kurang House of Journey.

***

Option lain yang boleh dipertimbangkan

- Hotel Pin Seng.
Hotel bajet. Kau walk in ja. Tak ada booking online. Isi log book ja. Uncle yang sangat friendly. Satu bilik sekitar 30. Taktau la kalau sekarang mahal. Katil queen, siap almari kayu besar dan meja muat untuk main carrom dalam bilik. Bilik air kat dalam, tandas kat luar. Macam rumah kampung.

Yang tak sempat aku menginap tapi teringin
- 28 Bahari
- Casa Inn 56
- Ryokan Muntri
- The 80's Guesthouse
- Rope Walk

***

Sedikit pesanan.
- Bawa padlock kecil. Sebab ada sesetangah hostel, locker kena pakai padlock sendiri. Dan ada sesetengah, memang disediakan kunci loker. Ada yang loker dalam bilik, ada yang di luar bilik. Dan ada yang langsung tak ada loker. Untuk kes macam ni, better bawa beg yang korang boleh kunci atau pasangkan padlock.
- Bawa la tuala sendiri yang nipis-nipis. Sebab ada yang sediakan tuala tapi sekadar cukup kau tutup anu kau je. Hahaha. Kalau malas macam aku, guna je baju yang kau pakai untuk lap badan. Settle.
- Mostly, semua sediakan sabun dan syampu. Dan ada yang penuh dengan toiletries orang-orang yang pernah stay dulu. So pakai je la. Oh, tak semua ada power shower. Ada yang gayung ja sebab showernya lagi slow daripada kelajuan air kencing. Contohnya Paper Pepper Delights. Hehe
- Lepas buat payment secara online, screenshot bukti. Sebab macam kes aku dengan Roomates, transaksi dinyatakan berjaya tapi emel untuk confirmation tak sampai. So bila ada screenshot, senang. Dan sebab ada details dalam tu, contohnya booking number yang berguna untuk korang waktu call booking agent atau bank.
- Sesetengah hostel pakai kad yang korang scan kat pintu. Sesetengahnya pakai kunci. So kalau perlu check out awal pagi macam aku, bincang dengan staff hostel sebab ada kes yang pakai kunci, time aku nak check out, tak ada staff dan aku kena lempar kunci ke dalam lepas aku keluar dan mangga balik pintu grill.
- Kalau korang cerewet bab penginapan ni, baca dulu review dekat Tripadvisor atau lain-lain website. Kalau macam aku, aku tak kisah dan aku sort ikut harga je. Btw, untuk satu-satu masa, tak semestinya Hostelworld rendah harganya. Kadang-kadang Agoda lebih murah, dan kadang-kadang Expedia ada offer. So godek je semua web untuk dapatkan best price. Dan ada sesetengah kes, harga walk in lebih murah tapi ada juga harga online lebih murah.
- Tumpukan pada faktor utama yang korang perlukan. Kalau nak bergaul lebih, cari yang common room besar. Kalau nak keselesaan, cari yang tak terlalu usang. Macam aku, aku pergi atas urusan kerja, maka yang penting untuk aku adalah soket. Benda-benda lain aku abaikan je. So study betul-betul. Boleh usha bahagian fasiliti atau tengok gambar. But jaga-jaga, gambar internet biasanya indah khabar dari rupa. Hehe.

Sekian saja review ringkas aku. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Btw, hampir semua hostel yang aku senaraikan berada di area Georgetown kecuali M Qube. Aku tak masukkan hostel di Batu Ferringghi, atau lain-lain kawasan. Semua ni aku pilih untuk memudahkan urusan kerja aku dan pergerakan aku dengan public transport. InsyaAllah, kalau ada urusan kerja lapangan untuk aku di masa depan, boleh aku bikin review ringkas yang lain.

Akhir kata, jenguk-jenguklah negeri sebelah bahkan mungkin negeri sendiri. Terlalu banyak lagi ruang yang belum dijengah.

Wednesday, 21 October 2015

Petikan dalam Goji Bundy (travelog)

petikan Goji Bundy perihal menilai/judge

petikan Goji Bundy perihal move on.
petikan Goji Bundy perihal buat baik berpada-pada.
petikan Goji Bundy


petikan Goji Bundy


petikan Goji Bundy

petikan Goji Bundy perihal rahmat Tuhan.

petikan Goji Bundy perihal travel.


petikan Goji Bundy


Sunday, 4 October 2015

Goji Bundy (edisi terbaru)



Suku pertama yang lepas pada 15 sesudah dua ribu, dengan izin Dia, Tuhan kau dan aku (andai kita berkongsi Tuhan yang satu), aku hadir-keluar bersama Goji Bundy, naskah yang terbaru.

Goji Bundy, sebuah travelog yang merangkum-padatkan rentetan peristiwa yang terjadi dalam perjalanan dan hidup aku selama hampir 3 bulan merantau di bumi Australia. Travelog yang terbahagi kepada 3 bahagian secara teratur dan berturut. Pra-perjalanan, Perjalanan, dan Pasca Perjalanan. Bermula dengan dua tiga perkara yang terjadi pada aku dalam tempoh beberapa bulan, termasuklah perniagaan yang terpaksa ditutup, dan ikatan pertunangan yang terpaksa diputuskan. Dan itu mengukuhkan lagi sebab dan kenapa aku perlu merantau jauh untuk satu jangkamasa yang agak lama. Berbekalkan sedikit duit simpanan, pertolongan daripada rakan-rakan, dan hasil gadaian dua bentuk cincin ikatan, aku mulakan serta teruskan perjalanan. 3 bulan merentasi beberapa wilayah, bandar besar (Melbourne, Sydney, Brisbane), hinggalah ke pekan-pekan kecil yang jumlah penduduknya hanyalah sekitar 3000 orang dalam keadaan yang agak sengkek, pokai dan tersepit. Dan pada bahagian Pasca Perjalanan, ia perihal bagaimana aku kembali ke tanah air dan mula menerima satu per satu kenyataan-kenyataan besar yang cukup berat dan menguji, mungkin. Hakikat sesudah perjalanan, yang taklah seindah yang diharapkan. Ya, hakikat yang terpaksa aku telan.

Hampir setiap satu peristiwa mengajar aku tentang hidup dan kasih sayang yang wujud di dalamnya, dan setiap satunya aku catat-kongsikan di dalam travelog ini. Dan setiap satu persoalan yang cukup dan cukup mampu untuk buat kau dan aku diam tanpa jawapan pasti. Dengan mengambil sudut pandangan yang berbeza daripada kebiasaan dan seakan jauh daripada norma kehidupan, aku tulis-kupaskan segala kebodohan, kematangan, kesilapan, kemaslahatan, kejujuran, kesamarataan, juga setiap satu penafian, penipuan, perbandingan, dan penerimaan hukum-hukum hakiki insan sebenar insan.

Secara peribadi, aku menganggap travelog ini lebih daripada sekadar perkongsian tempat-tempat menarik atau harga-harga barang mahupun perkhidmatan. Aku sampaikan lebih daripada sekadar itu.

Goji: Sejenis ceri yang ada dalam makanan aku ketika di sana.
Bundy: Singkatan bagi sebuah pekan kecil yang aku singgah, Bundaberg.
Goji itu makanan dan Bundy itu tempat. Antara dua elemen penting dalam kehidupan, makanan dan tempat tinggal. Maka jika kau perhatikan betul-betul, maksud tajuk travelog ini sendiri membawa maksud kehidupan. Sebuah buku perihal kehidupan. Dan jika kau mahu tahu sesuatu yang lebih tersirat di dalam buku travelog ini, boleh buat tempahan sekarang untuk edisi yang terbaru.

Tempahan terus melalui Karangkraf Mallhttp://mall.karangkraf.com/products/Goji-Bundy-(Pre-Order)/4346
Tempahan terus melalui Kinokuniyahttps://malaysia.kinokuniya.com/bw/9789678606028
Tempahan terus melalui MPH Bookstore
http://ww.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789678606028
Tempahan terus melalui aku, si penulis: 0185740015 (WhatsApp/Wechat/Telegram)
Tempahan melalui FB page: Goji Bundy



***

Berita Harian, ulasan oleh Zainal Rashid Ahmad (Pengurus Besar Penerbitan TV AlHijrah): Klik gambar untuk baca.

The Malaysian Insider, ulasan oleh Uthaya Sankar SB: http://www.themalaysianinsider.com/…/ulasan-buku-memetik-ce…
Pautan entri Goji Bundy yang pertama: http://riduanadullah.blogspot.my/2015/02/goji-bundy.html

Carian di Google/Google image: Goji Bundy
Carian hashtag di Instagram #GojiBundy & Twitter: #GojiBundy


Sebahagian kecil pembeli dan pembaca Goji Bundy edisi 1st.



Ulasan Goji Bundy dalam Berita Harian.



Ulasan Goji Bundy dalam The Malaysian Insider.



Goji Bundy di dalam The Vocket.


Cover travelog Goji Bundy edisi terbaru.


Tempah sekarang!
boleh contact aku terus, 0185740015.


Goji Bundy edisi terbaru.

Goji Bundy edisi terbaru.

Goji Bundy - Kinokuniya


Goji Bundy - MPH Bookstore 


Goji Bundy - Karangkraf Mall




Sunday, 20 September 2015

Pemberi dan Catatan Ringkas

Dengan nama 25524 (mnemonic).

Rasanya dah terlalu lama aku tak menulis di blog. Ya, tahun 2015, hanya 4 entri termasuk yang ini. Mungkin aku lebih banyak menulis ringkas di Instagram dan Twitter, dan penulisan-penulisan yang panjang, lebih banyak aku simpan-peram sebelum dimasukkan ke dalam buku.

Tapi kali ini, sengaja aku biarkan tulisan aku bersemadi di sini (dibahagian bawah nanti), di blog yang jarang aku kemaskini. Oh, sebelum tu, saja aku nak khabarkan yang buat masa sekarang, aku sedang menulis 3 manuskrip. Salah satunya, antologi bersama 3 penulis lain, perihal perjalanan-perjalanan pendek yang tidak ditulis/diceritakan. Yang kedua, pemanjangan manuskrip Kerekau. Buku yang sedia-asalnya sarat dari segi konteks persoalan/sudut pandangannya dan sekarang aku beratkan lagi dengan setiap satu persoalan yang hampir tiada jawapan akal. Moga-moga perancangan untuk journey Kerekau aku yang sebelum ini, dapat aku tunaikan secepat mungkin. Dan yang ketiga, Tjinta Hitam. Buku yang entah bila akan siap. Naskah yang terlalu teliti dan cerewet. Mungkin disebabkan isi buku itu berkait rapat dengan jalan cerita hidup & cinta aku sendiri.  Oh, tak lupa juga buku berkembar foej & foem yang aku terbitkan di bawah syarikat aku. Antologi cerpen/puisi/catatan penulis-penulis yang di kalangan rakan-rakan aku sendiri, yang hasil karya mereka, aku suka. Ada aku selitkan karya ringkas aku yang terbaru dalam foej & foem .

Okay, cukup kot rasanya aku membebel, sebagai saguhati/gula-gula, aku tinggalkan satu catatan ringkas untuk kau, kau, dia dan mereka baca hadam. Catatan yang diberi tajuk, Pemberi.

p/s: godek-godeklah blog ni kalau nak baca entri-entri yang lama. Ada yang manis bergula, ada yang entah apa-apa. Hahaha.

*****

Pemberi.

Biar aku ceritakan sedikit tentang pemberi/giver. Pemberi sejati (pure) itu wujud di kalangan kita, di antara kau, kau, aku, dia dan mereka. Cuma jumlahnya terlalu sedikit dan mampu dikira dengan mudahnya. Mereka (pemberi sejati), menjadi minoriti hanya disebabkan pegangan dan pendirian mereka sendiri. Dan dek kerana itu, kerap bahkan terlalu kerap mereka diabaikan atau terlepas pandang daripada penglihatan lahiriah insan.

Mereka dikategorikan sebagai manusia yang memberi tanpa meminta balasan mahupun ganjaran. Ya, memberi apa sahaja termasuk kasih sayang, perhatian, sokongan dan apa sahaja yang mampu diberikan. Memberi, selagi mana ia tidak bertentangan dengan kata-kata Tuhan, dan selagi mana ia tidak memudaratkan si penerima. Walaupun ada ketikanya melampaui batas agama buat insan, mahupun sesuatu memudaratkan diri pemberi itu sendiri. Mungkin dek kerana kejahilan si pemberi atau ketabsubannya untuk memberi sepenuh hati hingga mengabaikan diri sendiri. Masing-masing punya sebab dan alasan tersendiri dan aku di sini bukan untuk menilai mahupun menjatuhkan hukuman. Bahkan aku hanya insan, yang secara totalnya tidak layak untuk menilai. Perkara pokok yang mahu aku sampaikan adalah, mereka (pemberi sejati) secara sedar atau tidak, hanyalah manusia yang berpegang pada satu prinsip ringkas; berbuat baik tanpa mengharapkan apa-apa balasan atau ganjaran kerana bagi mereka, sebaik-baik balasan atau ganjaran itu adalah daripada Tuhan.

Ya, cuma itu pegangan mereka selama mana menjadi seorang pemberi. Dan mereka fasih faham akan pegangan itu yang pasti melukakan hati mereka sendiri pada akhirnya. Tapi sikit pun tidak mereka endahkan. Bagi mereka, sewaktu memberi, keutamaan (priority) diri mereka sendiri itu berada di tangga paling bawah. Mungkin ada yang menyatakan mereka bodoh, kurang bijak atau sebangang lembu, tapi itulah hakikat diri mereka, si pemberi sejati. Meletakkan insan yang mereka sayang sebagai keutamaan dan memberi tanpa meminta ganjaran atau balasan.

Dan tiada siapa yang lebih memahami kesakitan seorang pemberi melainkan pemberi itu sendiri. Ambil satu contoh mudah. Menyayangi seseorang sepenuh hati tapi dalam masa yang sama, tidak mengharapkan dirinya disayangi. Seakan menolak naluri seorang insan bukan? Naluri ingin menyayangi dan ingin disayangi. Dan itulah hakikat kesakitan yang harus dihadap seorang pemberi sejati. Kesakitan yang aku sendiri tak mampu nafikan sepanjang tempoh aku berusaha menjadi pemberi sejati, dan entahkan aku berjaya, entahkan tidak. Aku sendiri tak tahu, tak pasti.

Jika kau bersama mana-mana individu yang berjiwa pemberi sejati, kau boleh dikira bertuah. Mereka bukanlah manusia-manusia yang sering menonjol yang menyatakan setiap satu kasih sayang mahupun kebaikan yang mereka lakukan. Sifat pemberi yang hanya mampu dilihat melalui tindakan dan gerak-geri mereka yang seakan bersahaja, tapi hakikatnya, mereka sedang ataupun telah berusaha sehabis-habisnya.

Dan buat mana-mana pemberi sejati, masa depan yang ada, hanya tiga. Sama ada kau:

1. Berhenti menjadi pemberi sejati dan menjadi kelompok majoriti yang mengharapkan balasan atau ganjaran daripada insan.
2. Mati sendirian dan mati dalam kekecewaan yang dipendam sendiri.
3. Kekal menjadi pemberi sejati yang masih berpegang pada prinsip sebaik-baik balasan atau ganjaran itu adalah daripada Tuhan.

Dan moga berbahagialah mereka yang memberi kasih sayang walaupun dibenci mahupun tidak dibalas.

Amin.

Riduan A.dullah
0611, September 21.
6th Floor Trapezium Antechamber, Ipoh.


Thursday, 17 September 2015

fœjfœm / foejfoem

Preorder fœj/foej & fœm/foem

Saiz: pocket book. Sesuai masuk poket seluar/baju/hoodie, sambil jalan-jalan bawa anjing/kucing/gojila bersiar-siar.
Tebal: 50m/s yang padat dengan isi. Tanpa gambar/ilustrasi iluminati.

***

foej :

Antologi cerpen/puisi/catatan yang bermain dengan sentimen Kejujuran, sama ada sebahagian, kuasi, mahupun keseluruhannya, secara berlapik atau langsung.
12 penulis.

foem :

Antologi cerpen/puisi/catatan yang bermain dengan sentimen Manipulasi, sama ada mengandungi maksud tersirat mahupun absurd/menolak logik akal secara total.
13 penulis.

***

Harga buku:
foej: RM10
foem: RM10
*buku boleh dibeli secara berkembar atau berasingan.

Delivery (sila pilih salah satu):
Pos biasa (setem): RM1
Pos Ekspress: RM3.50
Poslaju: RM6

Add-on item:
Zine Riduan A.dullah: RM5
Catatan Lady Muck: RM10

Diskaun (cincai kira) diberi untuk pembelian yang banyak atau secara pukal.

***

Untuk pre-order/pertanyaan:

WhatsApp/Wechat/Telegram: 0185740015 (24jam)
Email: ahboipress@gmail.com


Proses pre-order dibuka sekurang-kurangnya selama 21-29 hari. Bermula 7 Sept 2015. Jangkamasa bergantung kepada proses edit dan cetakan di kilang dan lain-lain faktor yang diluar kawalan pihak Ah Boi Press. Cetakan adalah terhad.

p/s: setiap buku diselitkan sedikit karya Riduan A.dullah yang terbaru sebagai bonus. ;)


Sinopsis fœj/foej

Sinopsis fœm/foem

Saturday, 11 April 2015

Senarai Semak Goji Bundy

ATTN: Pembeli Goji Bundy
Mohon semak nama/nombor telefon anda berserta poskod penghantaran.
Jika nama anda tiada dalam senarai, atau poskod penghantarannya salah, mohon hubungi kembali melalui medium yang SAMA, yang anda gunakan sebelum ini sewaktu membuat pre-order (WA/WC/Tlgrm/FB pages/email).
Bagi yang namanya tidak diletakkan poskod penghantaran dan dilabel (***), mohon kemaskini alamat lengkap bagi tujuan penghantaran. Juga melalui medium SAMA yang anda gunakan sebelum ini.
TQ & peace :)
...
Akmal Anassabil-50200
Shakinor Ain-06400
Fatin Kasim-58100
Mohd Alif-68100
Khairil Aznil-43600
Nadiah Rafie-68100
Asyraf Razak-47500
Sofiah Hanif-59100
Nadia Fazwani-35400
Sh. Intan Safina-14000
Azlin Yahya-40400
Nazrul Azril-42500
Dahlan Dohim-88803
Amalina Samsudin-44300
Mohd Alif-68100
Nadiah Muhammad-78100
Tarmizie Jidin-13700
Shifa Farahin-06010
Noorsha Shahdan-43000
Husna Mohamad-45400
Aman Ghazali-40000
Asiah Ali-40150
Nurfikri Amir-14300
Raja Kamaruzaman-56000
Dyana Shariff - by hand
Hasrul Naim-06000
Farhana Samsuni-43300
Syafiq Hashim-68100
Khadijah Seahibuliah-08100
Shafhawiyah-46050
Syahidan Ismail-11900
Najwa Na’im-36700
Munirah Sarif-50100
013537776**- by hand
Asiah Sabri-21300
Hazim Ghazali-94300
Azwani Azman-42000
Roszaila Radzuan-47300
Robeeyah Mohamed-62050
Maream Jamella-47810
Aina Yunus-56100
Nurulain Islar-EH8 9HQ (Edinburgh)
Syafiq-40000
Faizth Zakaria-40150
Nabil Hashriq- by hand
013-75353**- by hand
Fatin Yuhanis-42300
Zalikha Nashuha-47000
Khairunnisa Othman-96000
Zamri Ramli-50100
Haswan Hasnol-36000
Izwan Che Lab-06910
Mariaty-71300
Rohaya Abd.Razak-55100
Fatin Syafiqah-81100
012-48325**- by hand
Nabilah Abdullah-81310
Zaidi Yusuf-47400
Marni Haniza-34000
Norsahirah Abdullah-72400
Hafiz Azuan-47301
Saiful Farish-41400
Rozana Abd.Rahman-20300
Zaini Omar-50450
Mastura Mohamed Abdullah-59200
Asimah Md. Isa-13700
Zuryati Sudin-57000
Ridzuan Zainal-71800
Nurul Riduan Nor Ashana-40200
Afham Norizad-86000
01350212**- by hand
Shahira Jaafar-46050
Anuar Ariffin-53100
01823937**- by hand
Agus -50490
Zalikha Muhamed Islam-08010
Nazira Megat Aris- by hand
Nurfatin Zamri-50480
Ryan-46200
Ain Zareena- 50400
Syaza Hashim-51000
Isfaruddin-80000
Nurfazrin Mustaffa-40400
Rozideen Senadin-32040
01930378**- (***)
Nazihah Ismail-90000
Aina Syasya-31600
Anisah-51200
Nurhidayatul Diana-53100
Firdaus Alid-83000
Norlee-28700
Idayu Daud-75250
Adhaliza Masli-88200
Nazmi Ramli-62200
Fatimah Malmod-43600
Annisa Ghani-34600
Afiqah Junaidi- (***)
Jen- 40400
Idham Mohamed-11800
Hani-63000
Khairunnisa Ar Alhan-32610
Faris Othman-59100
Farah No Man-68000
Ona- by hand
Kareem- (***)
Nurelina Samsuri-81000
Nazatul Amira-70300
Fatihah Elias-47620
Hazwan Shuhari-08000
Izyan Ibrahim-77200
Mustakim Mohd Nor-56000
Zalilah Ayob-21100
01772343**-83000
Nurul Aziz-43200
Hanani Moin-13800
Hasyura Raman-78300
Hamzah-81750
Adibah Basir- 42100
Hazwanie Embong-20400
Najah Md Jalil-23000
Murni Azureen-09100
Fakhira Iskandar-35900
Badrul Hisyam Nazail-14110
Firdaus Ibrahim-06550
Faeza Yunos-75250
Ridha Aqdey-53100
Hamzah-81750
Aifa- by hand
Nazatul Amira-70300
Army Bharullah-91000
Ezzati Min Fauzi-31350
Sarah Khaidi-25150
Hanis Nasuha-17020
Izzuddin-63300
01353776**- (***)
Azrulfaizy Helmi-50450
Zuhaidi Zain-40150
Nuratiqi Shape-93050
Aina Amirrah Ismadi-68000
01347434**- 13100
Syarifah Nur Syazana-75450
Myra Shkeri-24000
Mohamad Nor bin Hasim-73470
Sharmirul Haidi-21200
Ilya Izyan-24000
Nur Afham-82030
Hafizahni Abd Aziz-94300
Hafizah Hamzah-56100
Nazri Izhar-48200
Nashriq Hasnan-86400
Farahain Asari-53200
Aimi Rezza-81560
Nur Suriza Bohari-50480
Fathiha Aini-72500
Idanurasella-81200
Iqhwaniah Rahimi-34200
Attirmizi Baharudin-35600
Zamzuri Abd Malik-50480
Nuradillah Asri-88997
Dzulhilmi Salehhudin-21030
Fatin Khairunnisa- 40400
Atirah Senin-59200
Syahirah Yacob-89009
Aidil B. Mohamad Noh-06550
Khadijah Husaini-70300
Fatin Nurjannah-79200
Wan Nurnadzirah-28700
Mahbub Noor Fawahis-52000
Neina Mukhtar-62590
Juliyana Johari-62100
Nazmin Abdullah-06100
Nur Syuhadah Abd Wahab-83000
Huzaifah Hisamudin-40150
01964192** - (***)
Muzakhir Mokhtar-47100
Intan Syahizatty-47830
Farah Bazilah-47301
Hafiz Aizuddin b. Mohammad Hazani-43000
Azaharuddin Zain-31150
Diana Saleh-84000
Nurfatin Fauzi-81100
Asraf Mohamad-06700
Nadzir Kamal-55300
Hidayah Suzumie-08000
Amira Afendi-50480
Sallina Talkio-42005
Ain Sayuti-83200
Syafiq b. Mat Rus-56000
Afizah Othman-72000
Zainal Abidin Yusof-98100
Zira Hamdan-70200
Wan NurFazrin-40400
Mustakim Mohd Nor-56000
01772343**-83000
Nurul aziz-43200
Hanani Moin-13800
Hasyura Raman-78300
Hamzah-81750
Adibah Nur-42100
Maiztul Akmal-75450
Yuna Abdul-71900
Almalik Mohd Sazali-40000
Nadira Ismail-75450
Hazren b. Mohd Isa-62050
Azim b. Nural Azhan-68000
Sofiah Haniff-59100
Azlin Yahya-40400
Farrah Sheera- by hand
Nurfatin Yuhanis-42300
Zalikha Nashuha-47000
Khairunnisa Othman-96000
Zamri Ramli-50100
Khairy b. Abdul Rahim-08000
Aisyah S.Sazali-43600
Azwan Razali-25150
Shahida  Salleh-27600
Iffa Izwani-09010
Dayang Nur Athirah-94300
Meor Nazri-40460
019-55845**- by hand
Sofia Alia-70200
Aini Dalini-11900
Aneem Arnamee-36200
Noor Azianie-40150
Rita Suhaila-47000
Murni Azureen-43400
Shuhaidah Munawir-40470
011113467** - (***)
Hasliza Ali-53300
Amirol Aizah-41200
Nurhazirah bt Ngatimin-06010
Aqilah Tahir-43000
Syuril Jamian-76100
Farah Omar-26900
Azwar Redza-82000
Wafiy B. Mat Isa-68100
Afiqah Alya-31200
Anis Abdul Karim-43000
Nurul Misrun- (***)
Jannah Che Suhaimi-53100
Sarah Ghazali-81400
Khairunnisa Ismail-35900
Norzahira Hashim-59000
Farahin S18 - by hand
Shahira Irwani-81700
Nazmi Ramli-62200
Hannin Pauzi-43000
Atikah Che Nasir-50100
Ilya Izyan Mukhlizam-21080
Fatin Afiqah Jamal-43000
Murshidah Ali-13300
01253892**- (***)
Nurmiskinah Zainal-43000
Naqi b. Ahmad-47000
Hajar Adira-86400
Azhar Ibrahim-47800
Afizah Othman-72000
Amatullah Izzah Athifah-41250
Zarith Amanda-14100
Salmiah Alwi-50250
Hanieza Hairuddin-48010
Dalila Dahri-80350
Johan E.Muhammad-89357
Sarah Khaidi- TW20 9LT (UK)
Khairunnisa Shuhaimi-40400
Sh. Nornajmi-40460
Amirul Syafiq-53300
Zuhayra Ainin-86400
01394852**-21200
Nur Zuliza-81500
Hasni Hasan-48050
Noorshuhada Sukri-26400
Azizam Zahari-31400
Zainal Abidin b. Hassan-81300
Syafiqah Safian-62200
Noor Azleen Abd. Malik-41300
Hafizuddin Ahya-50350
Syazwan Samsudin-42000
Alia Abdul Aziz-53300
Sh Nur Fadhila-40690
Effa Izzaty-43000
Lisa Ali-81300
Nik Ahmad Nasyrun-09100
Izzati Samsu-06700
019-86307**- (***)
Syikeen  Fuzi-68000
Fatihah Tajudin-75450
07937039**-42700
Fazwani Zulkafli-35400
Azmi Ismail-42920
Addin Dyna- (***)
Rasmalenza - 13200
Shameer Fuqaha 73400
N. Husna Ronzi 34300
Raziff Jamaluddin 42300
M. Arief Daniel 57000
Amir Khairuddin M. Zin 43400
Aimi Munirah A. Mazelan 43300
Dr Mohd Afif 06900
Rafidah Bakri 81920
Laili Farhana 35900
Aainaa Basirah 42200
Fara Adillah 23000
Azizul Zulzaha 07000
Zamzuriani 54200
Asyikin Ramli 42800
M. Rafiq Md Zaid 78000
Ariff Ermizie 21600
Nur Syuhadah Muhammad 48200
A. Fakrul Rahimi 10470
Norazmi Lop 31900
Nur Nadira Huda 40100
Helin Ajak 89657
Farah Borhan 47810
M. Afiq Tajol Ariffin 06050
Azli Hafiz Ali 25000
M. Nur Adha Kailani 47810
Iylia Shakirah 68100
Sadli Md Sawfi 32100
N. Syuhada Nurol Azmi 43650
Baha Nasir 62050
M. Hafeez Edzwan 47100
M. Akmal Jauhari 21030
Nick Aty 16400
M. Hazmi Elias 53300
Siti Nur'Alia Jahuri 75000
Putri Nur Ashiqin 50400
Azrin Fauzi 11000
Awang M. Fadli 51100
Siti Zaliha 83000
Noor Zamri Sudin 40100
Normaliza Mahadi 57000
Ainur Natasha 58200
Hendry Herry 89008
Yusnira Yusoff 60000
A. Bazli Khiruddin 02600
M. Hafiz Ghazali 68000
Nur Falilah Md Daud 86400
Nor Shariza A. Bakar 06680
Syarinie Azmi 81310
Siti Sara Nursakinah 53300
Nor Zara Ithnin 81000
Raihan 'Amirah 50480
...
Kemaskini terakhir: April 11, 11.59malam.

Wednesday, 25 February 2015

Goji Bundy

Dengan nama Ilah.

Setelah hampir setahun sejak buku solo aku yang terakhir, Kerekau (Feb/Mac 2013), aku kembali dengan buku yang terbaru. Buku yang diberi nama Goji Bundy.

Apa itu Goji Bundy?

Goji Bundy (Twitter/IG: #GojiBundy) merupakan buku aku yang ke-7. Buku solo ke-5 dan merupakan travelog aku yang sulung/pertama. Dan mungkin jadi satu-satunya travelog daripada aku.
Menceritakan kisah perjalanan aku selama hampir 3 bulan di benua Australasia (April-Jun 2014). Aku putus tunang Mac tahun lepas dan pada April, aku bawa diri mengembara. Dengan meletakkan status "hiatus" di setiap media sosial, tanpa apa-apa interaksi melainkan dengan segelintir insan yang perlu, aku mulakan perjalanan. Ya, dalam tempoh perjalanan itu, aku senyap. Dan segalanya aku ceritakan di dalam travelog ini.

● tanpa perancangan rapi.
● gadai cincin tunang bagi menampung perbelanjaan perjalanan.
● tanpa duit yang cukup. (Tiba di Melbourne dengan 300 dolar shj)
● secara purata hidup dengan 5 dolar seminggu.
● 11,426 km, 3 negeri, 7 bandar besar dan pekan kecil, 3 lapangan terbang, 8 stesen keretapi, 9 hentian bas, 10 ruang lena berbeza (rumah, airport, lantai keretapi, khemah, kabin)
● berkhemah dengan suhu di bawah 0˚C
● ditipu tentang duit sebanyak 2 kali. Dikejar, lari dan bersembunyi.
● Daripada bandar metropolitan (Melbourne, Sydney) hingga ke pekan kecil dengan jumlah penduduk tak lebih 3500 orang.

Itu antara sebahagian kecil perkara yang aku lalui sepanjang perjalanan. Terlalu banyak pengalaman baru dan pengajaran tentang hidup dan insan. Semuanya aku ceritakan di dalam Goji Bundy. Secara terperinci. Termasuklah tips-tips dan panduan untuk travel dan juga untuk survive di sana serta beberapa tricks untuk travel murah. All in one.

Proses Pre-order

Dengan ini, secara rasminya pre-order dibuka kepada umum bermula sekarang. Seperti biasa, proses pre-order akan dibuka selama sebulan setengah (plus minus).
Ingin aku nyatakan secara JELAS di sini, travelog ini masih dalam pembikinan. Melibatkan beberapa proses dan beberapa pihak (termasuk designer, kilang cetak, etc). Dan travelog ini dijangka siap dan diedarkan/dipos mulai hujung Mac/awal April. Tiada tarikh tepat kerana melibatkan beberapa pihak dan beberapa perkara yang di luar kawalan aku sendiri. 

Dan ingin aku tegaskan, untuk setiap buku solo aku, aku akan ambil seberapa banyak masa yang perlu bagi memastikan isi kandungannya terbaik. Senang cerita, kalau anda mahukan buku ekspress, siap cepat, cepat hantar, etc, ini bukan buku yang sesuai untuk anda tempah. Aku tak suka rush tapi hasilnya, aku sendiri tak puas hati dan aku babikan diri sendiri. Aku dah setahun tak keluar buku solo, so aku nak bagi yang terbaik. Peace! ;)

Spesifikasi buku

Content: Pengalaman + sajak/puisi sepanjang perjalanan + gambar
250-270 m/surat termasuk 10-12 m/surat bergambar.
Paperback
Packaging: belum dimuktamadkan lagi
Harga:
30 (datang ambil sendiri, Ipoh)
35 (poslaju)
*penghantaran luar negara disediakan. Sila berhubung dengan aku untuk rate penghantran luar negara.
**seperti biasa, tiada perancangan untuk masuk mana-mana kedai buku/event/etc.
***pembayaran secara ANSURAN/INSTALLMENT (2 atau 3 kali bayar) juga disediakan. Roger aku untuk nego. ;)

Atas faktor-faktor keselamatan, akaun bank tidak disiarkan di sini. 4 pilihan bank disediakan, Maybank/CIMB/Bank Islam/BSN. Roger aku dan aku akan bagi details no akaun.

Medium pre-order [24 JAM]

0185740015 (Whatsapp/Wechat/Line/Telegram/sms/call)
7E0FFEC6 (BBM)
Inbox Facebook page: Sharekat Penerbit-an Ah Boi atau Goji Bundy
Emel: ahboipress@gmail.com

Add-on:
● #CatatanLadyMuck 20
● Zine Riduan A.dullah 5

😊

Infografik Goji Bundy




Petikan Goji Bundy


Petikan Goji Bundy


Petikan Goji Bundy


Petikan Goji Bundy


Petikan Goji Bundy


Petikan Goji Bundy


Petikan Goji Bundy


Petikan Goji Bundy


p/s: untuk lebih banyak gambar / petikan daripada buku ini, boleh usha instagram ini: https://instagram.com/riduanadullah/