Sunday, 24 July 2016

14 hostel backpackers di Pulau Pinang / Penang




12 minggu berulang-alik ke Pulau Pinang / Penang dengan lebih 14 hostel backpackers aku singgah bermalam. Dan ini review ringkas aku untuk semua hostel yang sempat aku jejak yang rata-rata di dalam lingkungan harga RM18 - RM33. Oh ya, review aku ni takda la details sangat. Saja aku wujudkan ruang untuk korang alami sendiri. Ecewah. :p

1.
Lokasi: House of Journey.
Harga: RM32.99 inc tax
Online booking: Agoda
Fasiliti lengkap. Ada gaya-gaya hispter macam orang ramai selalu labelkan. Aku tak label. Orang lain label. Hehe. Siap ada wall untuk conteng-conteng dan ruang bahagian belakang seakan balkoni untuk smoking. Sesuai untuk kaki Instagram. Ada mini library ala-ala pangkin rumah kampung yang kena naik tangga. Malam waktu aku stay, owner ada buat sikit parti tonggang dan makan satay babi. Tapi takda la aku join. Hehe

2.
Lokasi: Xavier's Lodge @ Muntri
Harga: RM20 inc tax
Online booking: Hostelworld
Hostel paling bahang aku duduk. Kau bayangkan katil aku bahagian atas double decker dan betul-betul bawah atap seakan zink. Hahahaha. Portable aircon dan kipas disediakan. Oh, ada bahagian rooftop. Sangat sesuai lepak malam.

3.
Lokasi: Red Inn Cabana
Harga: RM25 inc tax
Online booking: Agoda
Yang ni sedikit kurang sebab soket elektrik dalam satu dorm ada 2 ketul ja. Nasib baik time aku duduk, aku berdua je dengan uncle dari Melaka. So takyah berebut. Dia pun complaint macam-macam. Btw, hostel ni agak tersorok sikit. Masuk ikut bahagian tepi muzium coklat. Setengah jam aku cari pakai map.

4.
Lokasi: Red Inn Court
Harga: RM22 inc tax
Online booking: Hostelworld
Hostel ni aku dapat bilik kecil di bahagian bawah yang just memuatkan satu katil double decker. Dan macam biasa, aku di katil atas. Fasiliti boleh tahan lengkap la.

5.
Lokasi: Old Penang Guesthouse
Harga: RM28 inc tax
Online booking: Hostelworld
Lengkap macam biasa. Dorm kali ni agak besar. Berapa belas orang entah satu dorm. Dan macam biasa, walaupun bilik aku di bahagian bawah, aku pusing naik ke atas usha apa yang menarik. Dan yes, korang perlu naik tangga tepi tu dan view dari tingkap atas ke lantai bawah tu cantik untuk Instagram.

6.
Lokasi: Hutton Mansion Heritel
Harga: RM23.57 inc tax
Online booking: Agoda
Oh, hostel ni agak selamba badak sifatnya. Waktu aku sampai, uncle tu baru cari katil kosong untuk aku dan waktu tu jugak baru dia kemaskan untuk aku. "I think this bed is empty lorr. You stay here, ok?" Hahaha. Bubuh la mana-mana pun uncle oi.

7.
Lokasi: M Qube Hotel
Harga: RM32.07 inc tax
Online booking: Agoda
Hotel ni ohsem! Jenis kiub-kiub macam kapal angkasa Kakarot dalam Dragonball. Siap lampu neon warna biru dan ada tv dalam setiap kiub. Headphone disediakan.  Harga asalnya agak mahal tapi kebetulan time aku duk godek2 cari hostel, hotel ni ada diskaun. Apalaga, rembat la ye dak? 5 min saja daripada stesen bas Sg. Nibong.

8.
Lokasi: Roomates
Harga: RM25 without fee
Walk in
Uncle yang uruskan ni sangat friendly dan baik. Aku ada problem dengan debit card aku. Payment tak boleh nak approve. Sedangkan aku dah booking dan successful. But itu la, payment aku dalam status "hold" dan aku tak dapat emel untuk confirmation. Disebabkan uncle tu baik, dia bagi aku stay dulu and dia try call booking agent sementara aku call bank. Dan penyudahnya, lewat malam tu aku bayar cash je dan transaksi online aku dibatalkan. Siap dapat diskaun sebab tak ada online fee atau tax. Hahaha.

9.
Lokasi: Cocoa Mews
Harga: RM23 inc tax
Online booking: Expedia
Waktu ni bulan puasa. Lokasinya dekat dengan Kapitan dan mamak-mamak lain. So aku rasa sangat strategik untuk sahur. Oh, dorm aku atas sekali dan siap ada balkoni. Syahdu jugak la lepak malam-malam. Satu dorm tu aku punya sebab aku sorang ja stay malam tu. Mat-mat dan minah-minah saleh banyak ambil private room.

10.
Lokasi: Me.N.U Cafe & Lodge
Harga: RM25 without fee
Walk in
Interior yang klasik dan agak cantik. Ala-ala baba nyonya. Sesuai la nak letak Instagram. Fasiliti lengkap. Dorm yang besar dan penuh foreigner.

11.
Lokasi: Paper Pepper Delights
Harga: RM20 inc tax
Online booking: Booking.com
Hostel ni cantik bahagian atasnya. Yang aku tangkap gambar background penuh kartun kat dinding tu, haa ni la hostelnya. Bahagian bawah ada kafe ringkas dan waktu malam melepak, kau akan dengar lagu-lagu zaman muda-mudi. Backstreet Boys, Westlife, The Moffatts, Spice Girl, etc. Mengimbau kenangan betul. Oh, ada kelambu nyamuk siap. Hahaha

12.
Lokasi: Love Lane Inn
Harga: RM18.99 inc tax
Online booking: Hostelworld
Hostel ni paling murah dalam list yang ada kat Penang. Tapi jangan letak harapan tinggi-tinggi. Tilam dan bantal 50 tahun lepas, penuh peta dan siap ada complaint pasal bedbugs. Soket langsung tak ada aku jumpa dalam dorm. Hahaha. So aku sesuka hati lepak bilik private sebelah untuk charge semua alat elektronik aku. And disebabkan aku gatal-gatal time lepak kat katil, aku decide tidur kat lantai tengah-tengah dorm. Apadehal. Hehehe. Btw, bacalah buku log yang ada dekat meja. Ada tips dan perkongsian pengalaman travelers lain. Ada SEA, India dan lain-lain.

13.
Lokasi: Red Inn Heritage
Harga: RM25 without fee
Walk in
Mulanya, aku nak walk in ke Casa Inn 56, tapi penuh. Tanpa segan silu, aku minta mamat kaunter tu rekomenkan hostel lain. Dan dia refer member dia di Red Inn Heritage. Hostel ni panjang ke belakang. And seperti biasa la, aku menjelajah cari port melepak. Ada. Kat bahagian belakang, kau kona kiri, ada table siap kipas besar, boleh smoke. Ah, bukan korang boleh imagine pun. Pandai-pandai la cari. Hahaha.

14.
Lokasi: The Frame Guesthouse
Harga: RM32 inc tax
Online booking: Agoda
Banyak kali dah aku lalu depan hostel ni. Dekat Lebuh Chulia. Waktu lalu aku ingatkan kedai apa la sebab kaunternya jauh ke dalam. Hostel ni ada few tempat melepak dan sesuai untuk gambar Instagram. Fasiliti lengkap. Lebih kurang House of Journey.

***

Option lain yang boleh dipertimbangkan

- Hotel Pin Seng.
Hotel bajet. Kau walk in ja. Tak ada booking online. Isi log book ja. Uncle yang sangat friendly. Satu bilik sekitar 30. Taktau la kalau sekarang mahal. Katil queen, siap almari kayu besar dan meja muat untuk main carrom dalam bilik. Bilik air kat dalam, tandas kat luar. Macam rumah kampung.

Yang tak sempat aku menginap tapi teringin
- 28 Bahari
- Casa Inn 56
- Ryokan Muntri
- The 80's Guesthouse
- Rope Walk

***

Sedikit pesanan.
- Bawa padlock kecil. Sebab ada sesetangah hostel, locker kena pakai padlock sendiri. Dan ada sesetengah, memang disediakan kunci loker. Ada yang loker dalam bilik, ada yang di luar bilik. Dan ada yang langsung tak ada loker. Untuk kes macam ni, better bawa beg yang korang boleh kunci atau pasangkan padlock.
- Bawa la tuala sendiri yang nipis-nipis. Sebab ada yang sediakan tuala tapi sekadar cukup kau tutup anu kau je. Hahaha. Kalau malas macam aku, guna je baju yang kau pakai untuk lap badan. Settle.
- Mostly, semua sediakan sabun dan syampu. Dan ada yang penuh dengan toiletries orang-orang yang pernah stay dulu. So pakai je la. Oh, tak semua ada power shower. Ada yang gayung ja sebab showernya lagi slow daripada kelajuan air kencing. Contohnya Paper Pepper Delights. Hehe
- Lepas buat payment secara online, screenshot bukti. Sebab macam kes aku dengan Roomates, transaksi dinyatakan berjaya tapi emel untuk confirmation tak sampai. So bila ada screenshot, senang. Dan sebab ada details dalam tu, contohnya booking number yang berguna untuk korang waktu call booking agent atau bank.
- Sesetengah hostel pakai kad yang korang scan kat pintu. Sesetengahnya pakai kunci. So kalau perlu check out awal pagi macam aku, bincang dengan staff hostel sebab ada kes yang pakai kunci, time aku nak check out, tak ada staff dan aku kena lempar kunci ke dalam lepas aku keluar dan mangga balik pintu grill.
- Kalau korang cerewet bab penginapan ni, baca dulu review dekat Tripadvisor atau lain-lain website. Kalau macam aku, aku tak kisah dan aku sort ikut harga je. Btw, untuk satu-satu masa, tak semestinya Hostelworld rendah harganya. Kadang-kadang Agoda lebih murah, dan kadang-kadang Expedia ada offer. So godek je semua web untuk dapatkan best price. Dan ada sesetengah kes, harga walk in lebih murah tapi ada juga harga online lebih murah.
- Tumpukan pada faktor utama yang korang perlukan. Kalau nak bergaul lebih, cari yang common room besar. Kalau nak keselesaan, cari yang tak terlalu usang. Macam aku, aku pergi atas urusan kerja, maka yang penting untuk aku adalah soket. Benda-benda lain aku abaikan je. So study betul-betul. Boleh usha bahagian fasiliti atau tengok gambar. But jaga-jaga, gambar internet biasanya indah khabar dari rupa. Hehe.

Sekian saja review ringkas aku. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Btw, hampir semua hostel yang aku senaraikan berada di area Georgetown kecuali M Qube. Aku tak masukkan hostel di Batu Ferringghi, atau lain-lain kawasan. Semua ni aku pilih untuk memudahkan urusan kerja aku dan pergerakan aku dengan public transport. InsyaAllah, kalau ada urusan kerja lapangan untuk aku di masa depan, boleh aku bikin review ringkas yang lain.

Akhir kata, jenguk-jenguklah negeri sebelah bahkan mungkin negeri sendiri. Terlalu banyak lagi ruang yang belum dijengah.

No comments:

Post a Comment